Skincare review : LaF Pore Ampoule

Assalammualaikum dan hai semua,

Hari ni aku nak buat product review pasal LaF product. Aku beli pore ampoule yang ada mengandungi tea tree dan BHA.


Bila aku search pasal LaF product ni, aku dapat tahu product ni merupakan product Korea. Aku beli LaF ni dekat Guardian. Guardian sahaja yang ada product ni..dekat Watson tak ada. Harga dia agak mahal juga dalam RM50+ macam tu. Aku beli product ni pun waktu tu ada sale. Tentang product ni aku boleh katakan memang best sebab dapat minimize pores dekat kulit. Lepas tu, bila pakai product ni..aku boleh cakap muka aku rasa macam glowing je. Kawan-kawan aku pun cakap muka aku nampak glowing. So aku rasa product ni boleh juga membuatkan muka kita nampak glowing. Yelah product ni kan ampoule..lebih kurang macam serum. 

Korang boleh je search apa benda ampoule tu kalau nak tahu detail dia kat google. Tapi ampoule ni lebih kurang macam serum jugaklah. Lagi satu, bau tea tree dia kuat jugaklah..so kepada sesiapa yang kurang suka bau dia kena tahanlah bila pakai tu. Lagi, texture dia agak pekat jugaklah tapi bagi aku okey je..waktu dah sapu dekat muka tu kalau boleh tepuk-tepuk sikit muka untuk bagi dia cepat meresap kat kulit. Bila nak pakai ampoule ni, korang better pakai toner dulu pastu baru pakai ampoule ni dan steps seterusnya.

Aku dah beli produk ni beberapa kali...dan aku suka sangat. Aku rasa tak sia-sia beli this product 👍. Kalau ada sale kat Guardian, try la beli masa tu. Jimatlah sikit kos nak beli.

Comments

Popular Posts