Pengalaman intern di audit firm
Assalamualaikum dan hai semua 😊
Masing - masing dah jumpa tempat intern ke belum? Kepada sesiapa yang dah dapat tempat intern, saya ucapkan tahniah manakala yang belum jumpa lagi, jangan risau..rezeki ada dimana-mana. Don't worry mesti dapat punya 😉.
Macam aku, agak awal jugaklah aku dapat respond email daripada mana- mana company yang aku apply. Aku apply mana- mana je company untuk intern. Kebanyakannya intern untuk buat audit ataupun akaun. Lecturer aku advise kat kitorang better ambil audit sebab boleh ada experience buat audit waktu internship nanti.
Bila dah dapat audit firm ni...penat tak terkata 😂. Tulah sape suruh nak ambil audit, kan dah merasa. Maybe sebab external audit so rasa dia agak mencabar jugaklah. Tengok kawan-kawan yang intern buat akaun tu, bapak ah..relaks giler doh..siap main snooker lagi 😂. Aku ni yang struggle nak siapkan kerja ikut deadline,nak kena hantar dekat senior untuk review. Serious aku kata memang penat tapi lama-lama tu dah terbiasa.
Bila tengok kawan-kawan yang course hr,finance dan business tu bapak ah dorang intern 3 bulan je kot. Sampai budak akaun kena intern 6 bulan..hmmm😅 tapi selama 6 bulan tulah aku dapat merasa kawan-kawan baru dekat tempat intern 😊. Ada banyak jugaklah memories yang tak boleh dilupakan. Tempat intern aku tu rajin jugak buat aktiviti mcm contoh main badminton sama-sama dekat court bangi tu. Aku tak ingat apa nama dia 😅 sebab kita bukan orang bangi.
Tapi bila intern dekat medium audit firm ni, macam-macam benda aku belajar..dapat banyak ilmu selama aku intern 6 bulan. Selain itu, dapat jugak interact dengan clients sebab kita buatkan audit untuk mereka. Macam-macam kerenah aku jumpa, ada yang baik,friendly tu memang bestlah sebab tak stres..tapi kalau dapat client yang tak beradab tu tak tahu aku nak cakap apa😑.
So kepada sesiapa yang teringin nak intern dekat audit firm tu better korang apply. Best je tak perlu nak risau or takut. Apa orang kata itu pengalaman sewaktu korang internship nanti. First aku fikir 6 bulan ni mesti lama tapi dah lama korang intern nanti, rasa kejap je 😊. Aku habis intern betul-betul time pkp baru nak mulakan. Nasib baik habis time tu 😅.
Intern dekat mana? Sme atau big company?
ReplyDeleteDulu intern dekat sme je. Medium size audit firm. Tapi kalau intern dekat medium ke small...banyak jugalah benda kita belajar dan boleh buat. Mostly kan banyak benda baru jugalah kita tahu masa intern sebab tak semua yang kita belajar masa kat Uni cover lebih mendalam.
Delete