Pengalaman nak ambil lesen kereta manual

    Assalamualaikum dan hai semua, hari ini aku nak cerita pengalaman aku ambil lesen kereta.👀 Orang lain semua dah ambil lesen, aku sorang je yang barulah nak ambil lesen kereta hahaha😅. Aku start ambil lesen kereta tahun 2020, bulan Disember. Masa tu PKP macam dah longgar sikit. Dah boleh keluar dan kedai-kedai ada yang dah boleh buka. Okaylah senang cerita, tempat nak ambil lesen dah boleh bukalah...tapi ikut SOP. Aku mula-mula fikir macam nak ambil ke tak sebab yalah orang kata cikgu memandu ni garang, orang jpj garanglah dan sebagainya. Tapi macam mana aku mula terdetik nak ambil lesen kereta ni disebabkan aku mula fikir nanti kalau aku nak kerja, susah kalau tak ada lesen kereta ni. Aku kesian pula kalau ayah aku nak hantar aku pergi kerja, aku nak jumpa kawan2 ke. Gitulah...



Lepas tu aku perasan kalau kau nak apply kerja pun, interviewer pun ada juga kadang2  tanya kau dah ada lesen ke? So masa tulah aku nekad nak ambil lesen. Aku pun ambil lesen kereta manual. Mula-mula ayah aku suruh ambil auto tapi mak aku suruh ambil manual. Senang kalau boleh bawa kereta manual dan auto. Aku pun okaylah ambil manual tapi tengok2 hahaha...rasa macam nak give up jugalah masa belajar tu.  Cikgu memandu yang aku belajar tu  ialah cikgu yang kawan aku dah pernah ambil dengan dia. Jadi senanglah dah dapat contact cikgu memandu tu. Kelas dia dekat Sepang. Jauh jugalah dari rumah aku.


Aku dan family pun pergi sana nak survey tempat tu, nak tengok macam mana tempat tu. Okaylah tempat tu. Pastu jumpa cikgu tu pula, nak cakap yang aku nanti nak ambil lesen kereta dengan dia la. Cikgu tu mula-mula sarankan aku suruh ambil auto sebab senang. Kalau lelaki pula, cikgu tu kata better ambil manual. Tapi parents aku nak aku belajar manual, so cikgu tu pun okaylah. Hari sabtu aku pergi kelas. Nasib baiklah kelas dia sekali je tapi satu hari jugalah kau kena belajar dari pagi sampai petang. Habis dalam pukul 4 ptg macam tu. Lepas habis benda ni, barulah kita boleh buat dengan ujian komputer. Dorang ada bagi buku yang tebal tu untuk kau baca dan memahami apa yang kau kena tahu. Tapi aku tengok2 macam tu je, hahaha. Nasib baik cikgu tu kata ada app yang kita boleh practice.


App tu aku rasa berguna jugalah sebab aku boleh practice banyak kali. Soalan dia pun lebih kurang sama je kalau kau fail. Dia ulang soalan yang sama sampailah kau dah ingat jawapan dia hahaha. Oleh itu, ujian komputer tu aku dapat lulus sekali hahaha. Aku tak ingat markah lulus dia berapa..😅 Tapi aku percaya korang pun boleh buat punya kepada siapa yang nak ambil ujian komputer. Nak kena rajin practice la. Tak payah nak repeat dah. Aku kalau boleh tak naklah repeat banyak kali sebab bukan murah nak ambil lesen kereta ni walaupun manual. Lepas dah lulus benda ni, barulah kau boleh practice bawa kereta dekat litar.


Tapi sebelum kau nak bawa kereta tu, kau kena tunggu lesen L kau siap. Aku tak ingat berapa  kena bayar. Sebelum kau ambil ujian komputer tu, nanti kau kena ada ambil gambar untuk lesen L. Lesen L tu cikgu aku tolong uruskan, so aku cuma bayar kat dia jelah untuk renew lesen tu. Lama jugalah ambil masa time aku nak belajar kat litar tu sebab cikgu tu busy dengan budak2 lain yang belajar dengan dia. Dia nak settle kan budak2 yang nak ambil ujian JPJ. Masa tu pun musim PKP. Masa giliran aku nak belajar kat litar tu, aku belajar time weekend sebab hari biasa aku tak boleh, busy kerja. Kau kena sacrifice jugalah masa kau untuk ambil lesen, huhu. Tapi takpe, cepat-cepat kau habiskan belajar..cepat2 jugalah kau dapat lesen kereta.


Mula-mula belajar kat litar tu...ya Allah. Aku rasa macam bapak banyak benda kau kena ingatlah. Clutch la, gear yang kau kena ingat nak gerak ke mana dan cara2 kau nak bawa kereta la. Aku dah la first time bawa kereta, pernahlah aku try bawa kereta kawan aku dekat Uni. Itupun auto dan aku bawa pun takdelah jauh.😆Cikgu tu mulalah rasa fed up dengan aku hahaha. Selama aku bawa kereta time belajar tu memang rasa diri ni tak bergunalah, aku rasa macam malas gila nak ambil lesen. Aku malas nak dengar cikgu tu membebel hahaha. Aku rasa macam takpelah kalau aku takda lesen kereta....aku hire la driver nanti kalau aku dah ada banyak duit. Tapi macam mana pun aku teruskan jugalah belajar hahaha sampai la dah masuk peringkat bawa kereta ke jalan raya. Bapak cuak gila. Kereta orang bawa dah la laju2. Tempat yang aku ambil lesen tu banyak jugalah lori lalu situ, hmmm. 


Tapi sepanjang aku tengah nak ambil lesen kereta ni, kawan2 dan family banyaklah memberi sokongan. Mak aku cakap takpe, sabar je kalau dengar cikgu tu membebel. Mula-mula tu memang rasa susah sebab kita tak biasa bawa kereta. Aku pun okaylah. Aku kalau kat rumah ada kereta manual... dah lama aku practice siap2 so bila belajar kat litar tu takdalah stress je kalau ada terbuat mistakes ke apa. Ada kawan ni yang aku baru kenal dekat tempat ambil lesen tu, dia dapat cikgu lainlah. Dia punya cikgu tu lagilah, masa first day tu, cikgu dia suruh bawa terus ke jalan raya. Aku terkejut jugalah bila dengar macam tu. Btw kawan aku tu dia ambil auto, so cikgu dia expect kawan aku tu retilah bawa kereta. Tapi what? kau fikir disebabkan dia ambil auto, dia boleh terus bawa macam expert ke?...dia pun tak pernah seumur hidup bawa kereta apatah lagi pegang stereng. Mestilah dia cuak. So far cikgu aku takda la macam tu. Kalau nak compare dengan cikgu aku, cikgu aku tu okay lagilah. Dia ajar kita memang step by step la kan. Tapi dia pun nak aku cepat2 habiskan so boleh terus ke ujian JPJ.😓 


Dah belajar semua benda tu, cikgu aku pun bagi tahu yang dia suruh aku prepare untuk buat pra-test nanti. Aku pun terkejut jugalah bila dia kata nanti nak kena buat pra-test. Aku tak ready lagi sebenarnya hahaha. Bila dah sampai masa untuk buat pra-test tu, kita kena buat apa yang kita dah practice. Dari litar sampailah ke jalan raya. Sebelum kita nak bawa kereta di litar dan jalan raya, kau kena buat RSM dan RPK dulu. Dua benda ni kau kena ingatlah dan try practice. Aku banyak try search video untuk dua benda ni. Dua benda ni kau kena pass la. Tapi masa aku buat tu, aku main bantai je buat...takdalah ikut turutan. Janji benda yang aku sebut tu jelas la. Time tu aku dapat cikgu lelaki untuk pra-test. Muka nampak garanglah hahaha. Apapun senang cerita, aku pass untuk pra-test. So datanglah ujian JPJ untk last step. 😂 Aku tak tahu nak cakap apa. Berdebarlah juga.


Untuk ujian litar ni, aku kena repeat dua kali kat litar. Yang jalan raya tu aku lulus sekali. Yang litar tu first aku fail dekat parking sisi. Aku ni dah la kecil orangnya so memang gigihlah aku nak buat bahagian tu. Actually masa aku ambil ujian jpj ni pun, time tu hujan... Dekat tempat aku tu dorang memang dah tanda la line oren untuk senangkan kitorang nak letak tayar tu kat mana. Tapi masa tu hujan...memang tak nampaklah line tu. Waduh...😅  Itu satu masalah, line tak nampak. Yang kedua pula, aku kan kecil so memang aku angkatkan badan aku, berdiri sikit nak nampak penanda untuk aku nak samakan pintu kereta dengan penanda tu. Kalau kau tak sama kan pintu sisi kau dengan penanda tu memang fail la untuk kau nak undur kereta nanti. Takut nanti tak masuk kotak ke, terkeluar drpd line ke...senang cerita tak perfect la nanti parking tu. 


Aku tak tahulah kalau brader jpj tu perasan tak aku angkat badan aku masa nak reverse hahaha. Bayangkan kaki kiri aku still dekat clutch, pastu aku angkat bontot aku bangun sebab nak pandang tingkap seat sebelah driver tu untuk nampak penanda. Kalau aku duduk memang aku tak nampak hahaha. Aku tak terfikir nak bawa bantal untuk seat aku. Tapi part ni aku dah terer la. Cuma fail hari tu sebab line oren tu tak nampak masa nak reverse. Aku tak boleh nak agak nak pastikan tayar kat mana...nanti takut tak masuk kotak. Sebab hujan, jadi basahlah tempat tu. Tapi masa aku buat pun, aku dah redha kalau fail. Masa brader jpj tu sebut nombor giliran aku..aku dah boleh agaklah aku fail. Lagipun aku ambil masa lama kat situ. Ramai jugalah yang fail bahagian parking sisi. Bahagian bukit tu aku okay. Cuak jugalah nak buat bahagian bukit tu. Dahlah kena buat bukit mula2. 😖


Untuk kali kedua aku repeat litar, akhirnya lulus juga. Tapi masa aku nak ambil ujian JPJ for second round ni pun hujan juga. Hahaha aku tak tahu nak cakap. 😅


Comments

Popular Posts