Life as a foundation student in UNITEN (suatu ketika dulu)
Assalamualaikum dan hai semua, hari ini saya akan cerita sedikit mengenai foundation studies dekat UNITEN. Actually, aku baru perasan yang ada orang comment untuk bertanya pasal Foundation in Accounting ni. Sorry sebab dah lama tak buka blog hehehe. Aku cuba nak reply dekat comment tapi ada problem dekat situ, hmm. 😅
So tentang Foundation Studies ni basically duration dia setahun sahaja. Masa aku masuk foundation tu tahun 2015 tak silap aku. Ha yalah tahun 2015. Dekat Muadzam Shah Campus, kebanyakkan course dia offer semuanya lebih kepada business. Kalau kat Bangi pula, more to Engineering dan IT course. Tapi tak silap aku ada course baru, nama dia Energy tak silap akulah.
Aku ambil Foundation in Accounting😄😊ni bukanlah kehendak aku sebenarnya. Parents aku suruh ambil course sebab dah ada basic accounting masa kat sekolah. Kalau ambil Foundation Studies ni dia ada core subject dan elective subject yang kau kena ambil. Ada credit hour dia. Elective subject dia kalau untuk budak accounting ni dia offer subject sukan. Macam contoh, ada volleyball, badminton, dan sebagainya. Aku tak ingat sangat. Kalau budak business atau finance masa foundation tu, aku rasa sama kot. Foundation kan setahun... so dia ada 2 semester panjang dan short semester.
Subjek belajar untuk budak accounting tu ada accounting subject of course la. Belajar accounting masa foundation dia macam belajar semula time sekolah tapi ada benda baru dan dia dalam english. Lagi ada belajar sikit ekonomi tapi bukan macam ekonomi asas tu...lain dah kalau untuk Universiti ni. Lagi ada belajar macam english subject dan macam2 la. Pastu lecturer of course bagi assignment sama ada dalam group atau individual. Assignment tu ikut lecturer nak bagi macam mana. Depends on subject la. Aku advice kalau boleh score la subjek2 tu so boleh dapat dean list. Aku masa first sem tu alhamdulillah dapat dean list. Masa tu first time jumpa perkataan dean list, apa benda tu kan. Dia ada requirement untuk dapatkan dean list ni. Kalau tak dapat takpe, ada je sem lain untuk score.
Yang penting enjoy as a university student. Belajar memang penting tapi at least ada la have fun sikit. Zaman sekolah dan universiti ni lain rasa dia. Time universiti ni rasa bebas sikitlah sebab jauh sikit dari parents. Pastu join la apa2 club atau event dekat Universiti. Bagus untuk resume masa nak minta kerja. Nampaklah student ni aktif kat universiti. Gituuuu. Lepas habis foundation nanti UNITEN akan bagi offer letter untuk masuk degree. Yang penting buat elok2 masa foundation ni. Foundation ni singkat je masa dia..setahun, bukan macam diploma. Diploma lain la kan. Time foundation, kau kena jawab quiz..lagi ada midterm, assignment dan final exam. Korang kena score yang quiz, assignment dan midterm so boleh cover sikit masa final exam. Semua tu ada markah. Yalah time final exam kita tak tahu paper tu senang ke susah kan. Sebab markah untuk subject dia akan gabungkan semua markah quiz, assignment, midterm dan final exam. Dan akhirnya dapatlah gred. Hahaha masa nak tengok results kat student portal tu memang berdebar-debarlah hahaha.
Tapi zaman after pandemic ni aku tak pastilah macam mana. Tak sure kalau UNITEN ada ubah apa2. Sebab aku tengok banyak universiti dah buat hybrid concept kan...belajar kat rumah pastu kadang2 ada kena pergi campus. Untuk time sekarang ni aku tak sure.
Masa aku foundation tu, kelas dia buat kat PPA. Aku tak ingat apa nama penuh dia. Tapi kitorang panggil building tu PPA. Memang tempat khas la untuk budak foundation ni. Sebab dia tak ramai sangat macam budak diploma dan degree. Tapi batch aku masa tu paling ramai. Lepas tu, batch budak2 junior lepas kitorang...dorang kena belajar dekat fakulti bangunan budak2 diploma dan degree. Aku rasa masa tu pun tak ramai sangat batch budak masuk. Tapi after that, aku tak tahulah, kalau dia tukar balik ke PPA. PPA masa tu pun dah canggih dan lawa. Time kitorang guna PPA masa dulu, biasa2 je hahaha. Tapi okaylah ada air-cond kan hahaha.
Korang kalau ada apa2 nak tanya, leave la comment. Aku akan cuba reply kalau ada masa.
Comments
Post a Comment